Posts

Showing posts from December, 2018

لا تحزن🥀

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemilik La Tahzan Ujian. Itu Hadiah Tuhan Bersyukurlah. Beruntunglah Dari jutaan, engkau pilihanNya Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebannya Come on. Ada orang lebih besar ujiannya. Lagi berat bebannya Jangan merungut sayang, jangan mengeluh walau sedetik :')

Sekejap⏳

Sekejap hujan, Sekejap panas. Sekejap sedih, Sekejap gembira. Sekejap senang, Sekejap susah. Semua hanya sekejap. Sebab hidup ini juga sekejap. Berwaspadalah terhadap waktu terluang kerana ia lebih banyak membuka pintu Maksiat berbanding syukur... Manfaatkan waktu yang sekejap ini untuk mencari Redha Allah

Berubah💡

Teruskanlah perjalananmu ini, biarpun terasa jauh dan sukar. Biarpun kau berkali-kali jatuh tersungkur dan terpatahnya semangatmu. Biarpun terkadang jiwa dan ragamu lelah tak bermaya. Biarpun harus kau berlari mengejar atau merangkak sekalipun. Jangan pernah mengalah. Jangan kenal putus asa. Terusksn melangkah, Walaupun ia tak mudah, Biar langkahmu kecil atau tidak gagah.Pasti ia berat dan payah, Namun itu semua tidak menjadi masalah, Asalkan kau terus melangkah Teruskan melangkah Jangan pernah mengalah Biar rebah aku tetap tabah Not everyone who laughs is happy,Some people smile to hide their pain.

Ujian🥀

Kadang2 kita selalu kata dekat diri kita "Kau kena kuat" "Move On!!" "Jangan Sedih lagi semua akan okay" "Takpa Allah ada" "Aku okay :')" "Everything will be fine" "Its okay :')" Tapi jauh di sudut hati.. kalau boleh kau nk jerit kuat2, nk nangis teresak2, sebab hanya diri kau je yang faham bertapa peritnya nak lalui semua ini Sakit.. Kadang kau jatuh terseret, Tapi kau bangkit semula, Jatuh bergolek, Kau bangun semula.. Kadang semua ujian ini buat kau jadi kuat dan matang.. Matang untuk menilai mana permata dan mana kaca, walaupun kilauannya sama