Grazie💞
Kita selalu sangka, oh lepas ni mesti ada pelangi selepas hujan . Macam kitaran manusia juga. Selepas ujian mesti ada hikmah. Ujian yg kita sangkakan lukanya mendalam sampai kita tak mampu nak bertahan akhirnya menangis sendirian. Ada yg kata, baguslah ada ujian, itu tanda Allah sayang. Kau tak ada ujian tu Allah tak sayang lah tu, Dia abaikan kau. Bila dgr, Allahu begini sekali pemikirannya. Dia tak tahu, ujian tu sebenarnya apa. Yg dia tahu, ujian tanda Allah sayang dan ambil berat. Betul dah apa dia fikir tu. Tp dia lupa apakah bentuk Ujian sebenar. Sedangkan, bertalu talu manusia menghadapi ujian kecil dan besar. Sama saja. Allah sayang semua hambaNya. Tiada pun terkecuali. Kita lupa untuk bersujud syukur. Kita pentingkan diri sendiri. Pernah terfikir, apa nasibnya seorang manusia yg sedang alami masalah dan kita biarkan tak bantu pun. Malah dalam hati kecil kita bercakap, alah masalah kau seorang buat apa aku nak sibuk. Betul tak? Beginilah, kita buat baik, dibalas baik. K...