Pertemuan🌙
Dengan satu pertemuan, kita peroleh beribu pengajaran serta pengalaman. Semua bergantung pada kita, mahu ambil ia sebagai suatu yang positif atau sebaliknya. Aku belajar sesuatu yang buat aku rasa tenang dan sangat lapang, iaitu redha. Sesungguhnya, hati itu milik Allah dan Allah yang Maha Membolak balikkan hati. Mustahil untuk memiliki hati manusia kerna itu bukan hak kita. Lalu, aku serahkan segalanya pada Allah. Biar Allah uruskan. Sekarang, tugas aku hanya berusaha sungguh sungguh perbaiki diri, amalan, akhlak dll. Mengikhlaskan.