والصبر ضياء
Bersabarlah sayang. Allah itu sesekali tidak pernah menjauh dari kita. Dia telah merancang semuanya dengan baik dan pastinya sebatas kemampuan kita. Destinasi kita adalah Allah. Syurga-Nya.
Masakan untuk dapatkannya, hanya jalan-jalan yang manis yang kita hendak lalui. Masakan untuk dapatkannya perlu berlenggang kangkung, ikut rasa dan mahu kita sahaja?.
Andai kau rasa dirimu susah, sempit, dan 1001 rasa lagi. Lihatlah pada orang yang jauh lebih susah dari kita. Ada manusia yang istimewa, diuji dengan buta, bisu, pekak, tiada kaki, dan tiada tangan.
Lihatlah dirimu, kau masih ada semua itu, masih dipinjamkan oleh-Nya. Lihatlah juga pada pesakit-pesakit yang terlantar dihospital, pelbagai peringkat umur, dari baby hinggalah yang lanjut usia.
Ada yang demam, ada yang koma bertahun-tahun, ada yang menghidap kanser, ada yang menanti penderma organ untuk tubuh badannya, ada yang masuk keluar hospital kerap, dan bermacam-macam lagi penyakit yang Allah uji mereka.
They are choosen. You’re choosen too😉
Comments
Post a Comment